Memang susah nak terima bila sesuatu yang kita sangat impikan tidak menjadi seperti apa yang kita inginkan. Tetapi inilah kehidupan. Tak semua apa yang kita nak akan menjadi seperti yang kita mahu. Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang akan tentukan. Kita tersungkur, terjatuh, kita bangkit semula. Kadang-kala rasa sangat lemah untuk bangkit sehingga kita merasakan tiada lagi sinar harapan. Namun, janganlah kita berputus asa dan terus hilang semangat. Jangan sia-siakan hidup ini. Majulah ke hadapan dan pasti akan temui jalannya...